Program bantuan ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bermula pada Oktober 2020 sehingga kini untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah di seluruh Negeri Kedah.
Golongan sasaran bagi bantuan ini adalah terdiri daripada rakyat miskin yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan.
Kriteria pemohon untuk bantuan beras sejahtera adalah seperti berikut:
- Anak Negeri Kedah Darul Aman (pemohon dilahirkan di Negeri Kedah), atau salah seorang Ibu atau Bapa lahir di Negeri Kedah;
- Pemastautin di Kedah melebihi 5 tahun (memerlukan pengesahan daripada penghulu);
- Lain-lain pertimbangan ADUN/penyelaras DUN di kawasan masing-masing sekiranya terdapat keluarga atau individu yang memerlukan bantuan beras dan bakul makan.
Beras dan barangan keperluan yang bernilai RM50.00 untuk seorang penerima berdasarkan permohonan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat serta penilaian oleh Yang Berhormat ADUN atau Pegawai Penyelaras.
Kerajaan Negeri Kedah dibawah Portfolio Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Insan Negeri Kedah
Inisiatif ini adalah untuk memastikan rakyat miskin di Negeri Kedah tidak terputus bekalan makanan dalam menjalani kehidupan seharian. Bantuan ini bukan sahaja memfokuskan kepada pemberian beras, tetapi juga bantuan dalam bentuk keperluan makanan kering yang lain seperti gula, tepung, rempah-ratus dan lain-lain keperluan mengikut keadaan semasa.
Borang permohonan boleh didapati di semua pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat / Penyelaras DUN.