Skip to main content
Perak: Skim Bantuan Baik Pulih Rumah

Golongan Asnaf, Fakir dan Miskin

1. Syarat Ketua Isi Rumah
a) Beragama Islam (Bagi Muallaf – tidak kurang 3 tahun telah memeluk Islam);
b) Bermastautin di Negeri Perak sekurang-kurangnya 2 tahun;
c) Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap;
d) Jumlah pendapatan bulanan (kasar) Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan);
e) Tergolong dalam kategori Asnaf Fakir/ Miskin/ Muallaf;

2. Syarat Rumah = Rumah yang diduduki dalam keadaan usang, tidak selamat, tidak bersesuaian atau sebab-sebab tertentu yang tidak membenarkan rumah asal didiami dalam keadaan baik.

3. Syarat Tanah = Memiliki tanah sendiri sebagai hakmilik penuh.

Kadar bantuan tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Pihak Berkuasa Melulus dan Belanjawan Tahunan MAIPk

Tidak berkenaan

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak

Keterangan

Bantuan baik pulih rumah mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan.

Objektif

Membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk membaikpulih komponen asas tempat berteduh sedia ada yang mengalami kerosakan agar menjadi sempurna dan mewujudkan suasana selamat dan sejahtera bagi seisi keluarga. 

Tatacara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di mana-mana Pejabat Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) di seluruh negeri Perak.

Kembali