Skip to main content
Kedah: Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Tinggi (BAKIPT)

Pelajar yang baru diterima masuk ke IPT secara sepenuh masa untuk semester pertama serta lahir dan bermastautin di negeri Kedah.

  1. Pemohon berwarganegara Malaysia;
  2. Pemohon/Ibu/Bapa LAHIR di Negeri Kedah dan bermaustatin serta menetap di Negeri Kedah (Mengikut pada surat tawaran IPT);
  3. Pemohon telah ditawarkan tempat serta telah membuat pengesahan  untuk melanjutkan pengajian ke peringkat STPM / STAM / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / SIJIL POLITEKNIK / DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA sahaja di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta tempatan Dalam Negara atau Luar Negara diiktiraf oleh Kerjaaan;
  4. Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM5,249.00 (Pendapatan maksimum isi rumah B40) layak memohon tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan;
  5. Pelajar Semester Pertama Kemasukan Baharu Pengajian Tahun Semasa;
  6. Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk IPT.

Jumlah sumbangan ialah RM300. Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat / Penyelaras DUN Kawasan pemohon.

Sila semak maklumat Pusat Khidmat Wakil Rakyat / Penyelaras DUN Kawasan setelah status pemohon “WANG TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN DUN”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt

  1. Kerajaan Negeri Kedah
  2. Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Negeri Kedah
Keterangan

BAKIPT ialah Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu pelajar anak Kedah yang baru sahaja berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Bantuan ini disalurkan sebagai bantuan tunai sekali bayar (kebiasaannya RM300) untuk meringankan kos awal seperti yuran pendaftaran, pembelian buku atau keperluan asas lain semasa mula belajar di IPT.

Objektif
  1. Meringankan beban kewangan pelajar yang baru memasuki IPTA/IPTS secara sepenuh masa;
  2. Memberi sokongan awal kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah hingga pertengahan yang layak;
  3. Dorongan pendidikan tinggi kepada anak negeri Kedah agar dapat menyambung pengajian tanpa tekanan kos permulaan.
Tatacara Permohonan

Kaedah Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan:
https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt

Info Lanjut :
Telefon: 04-7027297 | 04-7027291
E-pertanyaan: https://sppnk.kedah.gov.my/e-pertanyaan

Kembali