Skip to main content
Sabah: Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan (BISTARI)

Bayi baharu lahir dan murid Tahun 1 di Sabah.

Anak Sabah yang mempunyai akaun SSPN yang sah atas nama ibu, bapa atau penjaga.

RM100 seorang.

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas

Keterangan

Bantuan kepada bayi yang baru lahir dan murid tahun satu. Bantuan sebanyak RM100 dikreditkan ke akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) atas nama ibu atau bapa atau penjaga. 

Objektif

Menggalakkan budaya menabung dan perancangan awal pendidikan anak-anak.

Tatacara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan menyediakan salinan surat Sijil Lahir  bayi dan kad pengenalan ibu bapa yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah sert dialamatkan ke:

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah

Kembali