Skip to main content
Perlis : Skim Agihan Persekolahan Rendah/Menengah

Asnaf
Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf.

Syarat-syarat
i.   Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.  

ii.  Pemohon mempunyai tanggungan / anak yang benar-benar memerlukan Agihan untuk urusan persekolahan samada sekolah rendah atau menengah.
iii. Ibu/bapa yang tidak mampu/kehabisan wang untuk membayar wang pendaftaran/yuran sekolah/ membeli buku- buku anak di peringkat sekolah rendah/menengah di bawah asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf. 

Cara Bayaran/Agihan
Agihan cek/tunai/baucer

Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs)

Keterangan

Kaedah Pelaksanaan
Pihak SEKOLAH mengemukakan cadangan Agihan kepada pihak MAIPs

 

Objektif

Membantu mereka yang menghadapi masalah dan memerlukan Agihan kewangan bagi menguruskan persekolahan anak-anak atau tanggungan di peringkat sekolah rendah atau menengah

Tatacara Permohonan

Proses Permohonan
Setiap borang bantuan pelajaran hendaklah dilengkapkan dengan dokumen berikut:  
1.Salinan kad pengenalan 
2.Salinan pengesahan akaun bank 
3.Salinan surat tawaran
4.Salinan surat resit bayaran awal pendaftaran
5.Surat pengesahan tempat tinggal (jika alamat dalam surat tawaran DI LUAR PERLIS) 
*Tidak memerlukan pengesahan e-Kasih 

Kembali