Skip to main content
Perak: Skim Bantuan Persekolahan

Golongan Asnaf Fakir dan Miskin

  1. Beragama Islam;
  2. Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang 3 bulan;
  3. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap;
  4. Jumlah pendapatan bulanan (kasar) Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan);
  5. Telah didaftarkan di mana-mana sekolah rendah atau menengah (tidak termasuk tingkatan enam atau yang setaraf dengannya);
  6. Tidak mendapat bantuan persekolahan daripada mana-mana pihak bagi jenis bantuan yang sama; dan
  7. Mendapat pengesahan daripada pihak sekolah (guru besar / pengetua).

Sekolah Rendah = RM 200/ seorang
Sekolah Menengah = RM 250/ seorang

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)

Keterangan

Bantuan Persekolahan mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan

Objektif

Membiayai kos pendidikan anak asnaf Fakir dan Miskin sepanjang tempoh pengajian di sekolah rendah dan menengah agar golongan ini tidak tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan keluarga.

Tatacara Permohonan

Permohonan dalam talian melalui sistem https://bestari.maipk.gov.my/ 

Kembali