Skip to main content
Terengganu: Bantuan Dermasiswa Pelajar Dalam dan Luar Negara

Golongan asnaf fisabilillah dan miskin

Rakyat negeri Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu, beragama Islam, tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri, serta telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi di dalam atau luar negara

Kadar bantuan adalah seperti berikut:

(i) Sijil – RM800.00
(ii) Diploma – RM1,200.00
(iii) Sarjana Muda – RM1,500.00
(iv) Sarjana – RM1,800.00
(v) Doktor Falsafah (PhD) – RM2,000.00

  • Yayasan Pendidikan MAIDAM
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Keterangan

Membuktikan keprihatinan MAIDAM terhadap umat Islam di Negeri Terengganu dengan memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya bagi menggalakkan mereka menimba ilmu pengetahuan serta melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi

Objektif

Meringankan beban ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka di peringkat pengajian tinggi.

 

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM)

Kembali