Skip to main content
Perak: Skim Bantuan Penyelesaian Hutang Keperluan Asas Kehidupan

Golongan Gharimin (al-Gharimin), iaitu individu yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas kehidupan yang diharuskan syarak serta berada dalam keadaan kesempitan kewangan sehingga tidak mampu melunaskan hutang tersebut.

  1. Beragama Islam (bagi muallaf, tempoh memeluk Islam tidak kurang daripada 3 tahun);
  2. Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang daripada 3 bulan;
  3. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap;
  4. Jumlah pendapatan bulanan kasar Ketua Isi Rumah (KIR) dan ahli isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan);
  5. Hutang mestilah berkaitan dengan aktiviti yang dibenarkan oleh syarak;
  6. Hutang telah mencapai tempoh wajib dijelaskan atau melebihi 6 bulan daripada tarikh wajib dijelaskan;
  7. Pemohon telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menjelaskan hutang tersebut;
  8. Hutang tidak melibatkan perkara berikut:
        a) Pinjaman kenderaan;
        b) Kad kredit;
        c) Cagaran tempat perlindungan (rumah);
        d) Hutang tanah atau rumah;
        e) Hutang perniagaan, pelaburan atau pembelian saham berskala besar;
        f) Pinjaman pelajaran yang mempunyai tempoh pembayaran tetap;
        g) Bil telefon atau Astro;
        h) Pinjaman peribadi yang tidak melibatkan keperluan asas;
        i) Denda, saman atau kompaun; dan
        j) Penyelesaian hutang yang melibatkan kes muflis.

Kadar bantuan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Pihak Berkuasa Melulus serta peruntukan Belanjawan Tahunan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk).

Tidak Berkenaan

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak

Keterangan

Skim Bantuan Penyelesaian Hutang Keperluan Asas Kehidupan merupakan satu inisiatif yang menyediakan bantuan bagi tujuan penyelesaian hutang berkaitan keperluan asas mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan.

Objektif

Membantu meringankan beban individu atau keluarga yang mempunyai tanggungan hutang akibat keperluan asas kehidupan agar dapat mengelakkan kemudaratan serta memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup masyarakat Islam sentiasa terpelihara.

Tatacara Permohonan

Borang permohonan boleh diperoleh di semua Pejabat Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) di seluruh negeri Perak.

Kembali