Skip to main content
Perak: Skim Bantuan Kecemasan/Segera

Golongan Asnaf Fakir Miskin dan Muallaf.

  1. Beragama Islam (bagi Muallaf – tidak kurang 3 tahun telah memeluk Islam);
  2. Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang 3 bulan;
  3. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap (kecuali asnaf Ibnu Sabil);
  4. Jumlah pendapatan bulanan (kasar) Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan);
  5. Tergolong dalam kategori Asnaf Fakir/ Miskin/ Muallaf;
  6. Pemohon ditimpa musibah akibat kemalangan atau bencana alam seperti kebakaran, banjir, ribut dan sebagainya;
  7. Pemohon dalam perjalanan yang terputus perbelanjaan akibat kehilangan serta kecurian; 
  8. Berhadapan dengan masalah tunggakan hutang bil utiliti kediaman seperti bil elektrik dan bil air yang memerlukan penyelesaian segera;
  9. Bantuan ini juga termasuk kes tunggakan sewa rumah/ premis yang didiami pemohon tertakluk sekali sahaja kelulusan dalam tempoh setahun; dan
  10. Tidak menerima mana-mana bantuan dari agensi Kerajaan atau ada menerima bantuan kewangan bulanan daripada MAIPk tetapi berhadapan situasi memerlukan kos luar jangka melibatkan masalah kesihatan, pendidikan, musibah dan kos sara hidup serta tertakluk kepada pertimbangan Pihak Berkuasa Melulus.

Tidak melebihi RM 2,000

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)

Keterangan

Bantuan kecemasan/segera mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan

Objektif

Untuk membantu menyediakan keperluan bentuk kewangan serta merta bersifat sementara kepada mereka yang terputus belanja bagi memenuhi keperluan asas atau perbelanjaan sara hidup.

Tatacara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di mana-mana Pejabat Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) di seluruh negeri Perak.

Kembali