Skip to main content
Perak: Skim Bantuan Bencana

Golongan Asnaf Fakir Miskin dan Muallaf

  1. Beragama Islam (Bagi Muallaf – tidak kurang 3 tahun telah memeluk Islam);
  2. Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang 3 bulan;
  3. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap;
  4. Jumlah pendapatan bulanan (kasar) Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan); 
  5. Tergolong dalam kategori Asnaf Fisabilillah; 
  6. Bencana tidak berpunca dari kecuaian sikap manusia;
  7. Kemusnahan atau kerosakan harta benda serta kediaman yang melibatkan kerugian;
  8. Kehilangan punca pendapatan atau terputus bekalan perbelanjaan;
  9. Pengesahan daripada pihak berkuasa seperti Penghulu, Polis, Bomba, dan Pihak Berkuasa Tempatan; dan
  10. Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau jumlah bantuan yang diterima tidak memadai.

Tidak melebihi RM 5,000

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)

Keterangan

Bantuan bencana mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan

Objektif

Membantu meringankan bebanan kehidupan serta tekanan emosi mangsa akibat kehilangan nyawa atau harta benda yang ditimpa musibah, bencana, kesusahan luar jangka yang melibatkan kediaman atau premis perniagaan seperti kebakaran, ribut, banjir, tanah runtuh dan bencana alam lain kepada golongan asnaf Fisabilillah. 

Tatacara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di mana-mana Pejabat Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) di seluruh negeri Perak.

Kembali