Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2026 atau GGSM4 menawarkan jaminan Kerajaan sehingga 80% bagi pembiayaan perniagaan sehingga RM20 juta kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan Syarikat Pertengahan (MTC). Skim ini menyediakan modal kerja atau perbelanjaan modal, dengan tumpuan khas kepada sektor Bumiputera, Teknologi Tinggi, Halal, dan Pelancongan.
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana dan Syarikat Pertengahan dan Syarikat Pertengahan
1. Terbuka kepada syarikat pertengahan (MTC) dalam sektor / industri yang berkaitan dengan hasil tahunan tidak melebihi RM500 juta (takrif MTC yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Sekuriti seperti dalam MSME and MTC 5-Year Roadmap 2024 dan diguna pakai oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berdasarkan klasifikasi MATRADE ), dan PMKS daripada semua sektor (rujukan kepada garis panduan takrifan PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia dan disahkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan);
2. Perniagaan milikan tunggal yang dimiliki rakyat Malaysia;
3. Perniagaan perkongsian dan perkongsian liabiliti terhad yang dikawal dan majoriti dimiliki rakyat Malaysia; atau
4. Sekurang-kurangnya 51% saham dimiliki dan dikawal oleh rakyat Malaysia.
Didaftarkan di bawah:
1. Akta Pendaftaran Perniagaan (1956) Akta Syarikat (1965 / 2016) atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012; atau
2. Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah bagi Sabah dan Sarawak; atau
3. Badan berkanun bagi pembekal perkhidmatan profesional.
Tidak termasuk:
1. Entiti tersenarai awam (kecuali di Pasaran ACE atau Pasaran LEAP di Bursa Malaysia), syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs), syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) dan perusahaan milik Kerajaan Negeri,
2. Anak syarikat yang sekurang-kurangnya 51% pegangan sahamnya dimiliki oleh entiti yang dirujuk dalam perkara (i) di atas,
3. Entiti perniagaan yang pemegang saham / pengarah / pemiliknya terdiri daripada penjawat awam yang masih berkhidmat, kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada majikan / Ketua Jabatan.
Jaminan Kerajaan ke atas pembiayaan berbeza mengikut sektor dalam julat maksimum 50% hingga 80%
Sebarang pertanyaan atau bantuan lanjut boleh diajukan kepada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) melalui laman web rasmi https://www.sjpp.com.my/ms/soalan-lazim
1. Kementerian Kewangan (MOF)
2. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad
3. Institusi Kewangan yang terlibat
Bagi Syarikat Pertengahan:
Untuk menyediakan akses pembiayaan kepada Syarikat Pertengahan (Mid-Tier Companies atau MTC) dengan memberikan jaminan Kerajaan kepada Institusi Kewangan (IK) yang terlibat. Sokongan ini difokuskan kepada segmen / industri / sektor utama berikut:
1. Syarikat Pertengahan Berorientasikan Eksport - Syarikat pertengahan berorientasi eksport termasuk yang mengembangkan ke pasaran baharu.
Bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS):
Untuk menyediakan akses pembiayaan kepada PMKS dengan memberikan jaminan Kerajaan kepada IK yang terlibat. Tumpuan khusus diberikan kepada segmen / industri / sektor:
1. Bumiputera
2. Halal
3. Pelancongan
4. Sektor Pertumbuhan dan Nilai Tinggi (HGHV)*
5. Sektor keutamaan lain merangkumi perniagaan berteknologi tinggi, pembuatan dan perniagaan berasaskan agro.
*Sektor-sektor Pertumbuhan dan Nilai Tinggi
Termasuk sektor-sektor dibawah "High Growth High Value" (HGHV) seperti yang disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Pelan Induk Perindustrian Baharu dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara - Sektor-sektor fokus merangkumi:
i. Semikonduktor dan Elektrikal & Elektronik (E&E)
ii. Pembuatan Termaju
iii.Digital & Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau AI)
iv. Aeroangkasa
v. Bahan Kimia & Bahan Khusus
vi. Teknologi Hijau & Peralihan Tenaga
vii. Peranti Perubatan & Sains Hayat
1) PKS (Peminjam)
i. Syarikat-syarikat PKS memohon pembiayaan dari institusi-institusi kewangan yang terlibat
ii. SJPP tidak menyediakan pembiayaan atau kemudahan kredit
2) Institusi-institusi Kewangan yang terlibat
i. Institusi-institusi kewangan akan menilai permohonan untuk kemudahan pembiayaan
ii. Institusi-institusi kewangan akan menyerahkan permohonan terus kepada SJPP sekiranya syarikat-syarikat PKS tidak mempunyai cagaran yang mencukupi
3) SJPP
i. SJPP akan melakukan proses penilaian permohonan-permohonan skim jaminan bagi tujuan kelulusan
ii. Bagi syarat-syarat tambahan/ keperluan akan dirujuk terus institusi-institusi kewangan dan seterusnya pada syarikat-syarikat PKS jika perlu
iii. Yuran jaminan akan dikenakan untuk jaminan perlindungan, yang perlu dibayar terlebih dahulu