NGO yang diluluskan peruntukan geran akan tanggungjawab dalam menguruskan peruntukan tersebut dan melaksanakan program/aktiviti intervensi sosial kepada kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), iaitu wanita, kanak-kanak, dan komuniti.
NGO
NGO yang layak memohon atau diberi pertimbangan adalah seperti berikut:
i. NGO mestilah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan lain-lain yang berkaitan atau badan/tadbir urus yang ditubuhkan/didaftarkan/disahkan oleh mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Sarawak yang berkaitan;
ii. NGO berstatus aktif, masih beroperasi dan mempunyai cawangan di Sarawak;
iii. NGO telah menghantar laporan lengkap Geran Pemerkasaan NGO sekiranya NGO pernah menerima geran Kementerian ini pada tahun sebelumnya;
iv. NGO mempunyai akaun bank yang aktif (bukan akaun persendirian) dan mempunyai No. ID akaun; v. Mencadangkan program/aktiviti intervensi sosial yang menepati skop di Perenggan 5.0; dan
vi. Cadangan program/aktiviti intervensi sosial berdasarkan isu-isu sosial yang dikemukakan tidak berorientasikan keuntungan penambahabaikan fasiliti NGO atau bagi tujuan pentadbiran operasi harian NGO.
Min -RM5K
Max -RM100k
Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak
Geran Pemerkasaan NGO, KPWK ini bertujuan untuk menyokong dan menggalakkan NGO untuk melaksanakan aktiviti/program intervensi sosial bertujuan menangani isu-isu atau masalah-masalah sosial dalam masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.
Permohonan NGO dibuat secara dalam talian melalui sistem permohonan iSarawakCare - https://isarawakcare.sarawak.gov.my/mohon-sekarang/