Skip to main content
Pulau Pinang: i-Sejahtera
  1. Warganegara Malaysia
  2. Pengundi di Pulau Pinang

Syarat utama program i-Sejahtera adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU). Syarat-syarat lengkap bagi setiap program beserta dokumen yang perlu disediakan boleh dilihat pada pautan berikut:

https://isejahtera.penang.gov.my/syarat.php

Bayaran Satu (1) Kali Setahun

  • Program Penghargaan Warga Emas: RM200
  • Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
  • Program Suri Emas: RM100
  • Program Bantuan OKU: RM200
  • Program Bantuan Teksi dan Bas Sekolah: RM600

Bayaran Sekali Secara One-off

  • Program Anak Emas: RM200
  • Khairat Kematian : RM1,000

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://isejahtera.penang.gov.my/faq.php

  1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  2. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN)
  3. Pejabat YB EXCO
  4. Pejabat Daerah dan Tanah
  5. Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri (BTMKN)
Keterangan

Program i-Sejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah. Program ini dilaksanakan melalui beberapa inisiatif utama iaitu Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Suri Emas, Program Bantuan OKU, Program Anak Emas serta Program Bantuan Teksi dan Bas Sekolah.

Objektif

Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang yang telah menyumbang kepada pembangunan negeri serta menzahirkan keprihatinan Kerajaan Negeri melalui pemberian bantuan kewangan kepada golongan sasar tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Tatacara Permohonan

Program i-Sejahtera boleh dimohon secara dalam talian (online) di portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan:

  1. Semak No Kad Pengenalan.
  2. Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
  3. Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
  4. Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.
  5. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).
Kembali