Skip to main content
Kemudahan Bantuan Kestabilan PMKS (SME SRF)

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)

1. PKS Malaysia yang berdaya maju dan terjejas secara material (iaitu mengakibatkan tekanan kewangan) akibat gangguan perdagangan dan rantaian bekalan berpunca daripada konflik geopolitik di Asia Barat, bermula Mac 2026.
2. Klasifikasi PKS adalah seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan / SME Corporation Malaysia dan berdaftar di Malaysia.
3. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa/pejabat daerah di Sabah dan Sarawak atau badan berkanun bagi penyedia perkhidmatan profesional.
4. Entiti perniagaan dimiliki atau terkawal oleh warganegara Malaysia dengan pegangan saham tidak kurang daripada 51% .
5. Untuk pembiayaan Islamik, perniagaan mesti berpatuh Syariah.

Had Pinjaman/Pembiayaan:
Sehingga RM 750,000

Kadar Pinjaman/Pembiayaan:
Sehingga 3.75% setahun, termasuk yuran jaminan sebanyak 0.5% setahun.

 

Sebarang pertanyaan atau bantuan lanjut boleh diajukan kepada institusi kewangan yang mengambil bahagian atau Bank Negara Malaysia (BNM) melalui portal bnm.gov.my/LINK  

  1. Kementerian Kewangan (MOF)
  2. Bank Negara Malaysia (BNM)
Keterangan

Kemudahan pembiayaan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu PMKS mendapatkan pembiayaan pada kadar yang berpatutan melalui institusi kewangan bagi menyokong kestabilan dan daya tahan perniagaan.

Permohonan dibuka mulai 15 Mei hingga 31 Disember 2026 atau sehingga keseluruhan peruntukan RM5 bilion digunakan sepenuhnya.

Objektif

​​​​​​​SME SRF menyediakan bantuan kewangan jangka pendek dan mengurangkan kekangan aliran tunai yang dihadapi oleh PKS semasa tempoh gangguan ekonomi.

Tatacara Permohonan

Permohonan dikemukakan kepada institusi kewangan yang mengambil bahagian. Permohonan tertakluk kepada penilaian dan kelulusan institusi kewangan berdasarkan syarat dan dokumen yang ditetapkan.

Institusi kewangan yang mengambil bahagian:

  1. Alliance Bank Malaysia Berhad / Alliance Islamic Bank Berhad
  2. Affin Bank Berhad / Affin Islamic Bank Berhad
  3. AmBank (M) Berhad / AmBank Islamic Berhad
  4. Agrobank
  5. Bank Islam Malaysia Berhad
  6. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
  7. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  8. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  9. CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad
  10. Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)
  11. Hong Leong Bank Berhad / Hong Leong Islamic Bank Berhad
  12. Malayan Banking Berhad (Maybank) / Maybank Islamic Berhad
  13. OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  14. Public Bank Berhad / Public Islamic Bank Berhad
  15. RHB Bank Berhad / RHB Islamic Bank Berhad
  16. SME Bank
  17. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  18. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad (UOB)
Kembali