Skip to main content
Kelantan: Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung Serambi Mekah)
  1. Golongan Miskin dan Daif
  2. Ditimpa Malapetaka
  3. Ditimpa Bencana Alam
  4. Penyakit-Penyakit Kronik

Pemohon adalah rakyat yang menetap di Negeri Kelantan dan mengalami situasi bencana/keperluan yang layak seperti:

  1. Mangsa kebakaran, ribut, banjir;
  2. Individu yang memerlukan rawatan perubatan penyakit kronik; atau
  3. Keadaan lain yang ditimpa malapetaka.

Keadaan yang dialami perlu disokong dokumen rasmi seperti:

  1. Laporan Polis bagi kes kebakaran atau ribut;
  2. Laporan kesihatan jika berkaitan rawatan perubatan;
  3. Gambar bukti kejadian/keperluan perlu dilampirkan bersama permohonan (contoh: gambar kerosakan rumah selepas ribut);
  4. Permohonan mestilah lengkap dengan Borang Tabung Serambi Mekah yang diisi dan disertakan pengesahan Ketua Penolong Ketua Jajahan / Ketua Jajahan; dan
  5. Permohonan dihantar melalui saluran rasmi — biasanya ke Pejabat Tanah dan Jajahan atau Pejabat Khidmat DUN/Pejabat Penggawa untuk diproses.
  1. Kebakaran: maksimum RM2,000.00
  2. Ribut: maksimum RM500.00
  3. Banjir: Bakul Makanan Keperluan Asas RM80.00 atau setara dengan kadar semasa.
  4. Rawatan Perubatan: maksimum RM500.00 Keutamaan bagi pesakit jantung.
  5. Baiki rumah: maksimum RM5,000.00.

Kenapa Permohonan Gagal/ Tidak Diluluskan

  1. Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
  2. Pejabat Tanah dan Jajahan
  3. Pejabat Khidmat DUN
Keterangan

Tabung ini ditubuhkan pada awal bulan Disember 1990 yang merupakan sebuah inisiatif kebajikan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia berfungsi sebagai mekanisme untuk menyalurkan bantuan kepada individu dan keluarga yang memerlukan, terutama mereka yang terjejas akibat bencana seperti kebakaran, ribut, dan rawatan perubatan, Di bawah Dasar Membangun Bersama Islam, Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan tabung ini dengan matlamat untuk membantu individu dan orang ramai khususnya kepada;

  • Miskin
  • Daif
  • Ditimpa malapetaka
  • Bencana alam
  • Penyakit-penyakit kronik

Tabung ini juga bermatlamat bagi menampung kos projek infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat.
Sumber halal digunakan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan. Sumber yang tidak halal digunakan untuk membiayai program-program dan projek-projek infrastruktur dan kemudahan asas sahaja atau membina rumah ibadat orang bukan Islam.

Objektif
  1. Memberi bantuan segera kepada mangsa bencana dan malapetaka, termasuk kebakaran, ribut, banjir dan kejadian lain yang menimpa rakyat.
  2. Membantu golongan miskin, uzur dan daif, seperti pembaikan rumah, rawatan perubatan (termasuk penyakit kronik) dan keperluan asas lain.
  3. Menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur awam untuk kesejahteraan rakyat, seperti penyelenggaraan jalan dan utiliti lain.
  4. Menyalurkan bantuan tanpa mengira agama, kaum atau latar belakang, selaras dengan prinsip kebajikan untuk semua yang layak.
Tatacara Permohonan

Pemohon hendaklah mendapatkan borang permohonan daripada Pejabat Khidmat DUN atau Pejabat Tanah dan Jajahan atau Pejabat Penggawa.

Borang permohonan bernombor siri yang lengkap diisi perlu diangkat kepada Pejabat Pembangunan Negeri melalui Pejabat Tanah Dan Jajahan bersekali dengan dokumen sokongan.

Kembali