Skip to main content
Perak: Skim Bantuan Sewa Rumah

Golongan Asnaf Fakir Miskin dan Muallaf yang tidak mempunyai rumah sendiri 

  1. Beragama Islam (Bagi Muallaf – tidak kurang 3 tahun telah memeluk Islam);
  2. Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang 3 bulan;
  3. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap (kecuali asnaf Ibnu Sabil);
  4. Jumlah pendapatan bulanan (kasar) Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan); 
  5. Tergolong dalam kategori Asnaf Fakir/ Miskin/ Muallaf;
  6. Tidak berkemampuan menyediakan bayaran sewa rumah; dan
  7. Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri; 

Sewa bulanan tidak melebihi RM 500.00 sebulan

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak

Keterangan

Bantuan Sewa Rumah mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan

Objektif

Membantu Ketua Isi rumah daripada golongan Fakir, Miskin, dan Muallaf yang tidak berkemampuan untuk menyediakan tempat berteduh agar menjalani kehidupan yang lebih selamat dan selesa. 

Tatacara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di mana-mana Pejabat Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) di seluruh negeri Perak.

Kembali