Skip to main content
Perak: Skim Bantuan Bina Baru Rumah

Golongan Asnaf, Fakir dan Miskin

1. Syarat Ketua Isi Rumah
a) Beragama Islam (Bagi Muallaf – tidak kurang 3 tahun telah memeluk Islam);
b) Bermastautin di Negeri Perak sekurang-kurangnya 2 tahun;
c) Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap;
d) Jumlah pendapatan bulanan (kasar) Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan);
e) Tergolong dalam kategori Asnaf Fakir/ Miskin/ Muallaf;

2. Syarat Rumah = Rumah yang diduduki dalam keadaan usang, tidak selamat, tidak bersesuaian atau sebab-sebab tertentu yang tidak membenarkan rumah asal didiami dalam keadaan yang baik.

3. Syarat Tanah = Memiliki tanah sendiri sebagai hakmilik penuh.

Jenis Rumah :

i. 3 bilik (850kp2) = RM93,500.00
ii. 3 Bilik (680kp2) = RM74,800.00
iii. 2 Bilik (600kp2) = RM66,000.00

Tidak berkenaan

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak

Keterangan

Bantuan bina baru rumah mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan

Objektif

Membantu golongan asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf menyediakan komponen asas tempat berteduh yang sempurna dan selesa sebagai tempat kediaman untuk mewujudkan suasana selamat dan sejahtera bagi seisi keluarga.

Tatacara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di mana-mana Pejabat Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) di seluruh negeri Perak.

Kembali