PMR Baik Pulih adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat memiliki kediaman yang selesa dan selamat. Melalui program ini, pemohon yang layak akan diberikan bantuan untuk membaik pulih rumah yang rosak. PMR Baik Pulih menyediakan peruntukan sehingga RM20,000 bagi setiap rumah yang layak untuk kerja baik pulih, dilaksanakan melalui dua kaedah: penyaluran kepada JAPERUN kawasan yang melantik kontraktor, atau pelantikan oleh LPM yang melibatkan anak syarikatnya, LPM Development, untuk melaksanakan kerja baik pulih tersebut.
Perumahan
Melaka: Program Melaka Rumahku (PMR) - Baik Pulih
Pemohon yang berkelayakan mengikut syarat yang ditetapkan di bawah program tersebut
Syarat-syarat dan terma-terma Program Melaka Rumahku Baik Pulih yang ditetapkan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan
- Berumur 20 tahun dan ke atas
- Keutamaan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Majlis Agama Islam Melaka
- Mangsa bencana/kecemasan
- Lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dari masa ke semasa.
Maksimum RM20,000.00 (mengikut nilaian tahap kerosakan yang perlu dibaik pulih) seunit dengan bajet tahunan sebanyak RM1,000,000.00.
Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
Keterangan
Objektif
PMR Baik Pulih adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat memiliki kediaman yang selesa dan selamat.
Melalui program ini, pemohon yang layak akan diberikan bantuan untuk membaik pulih rumah yang rosak.
Tatacara Permohonan
Pengisian Borang Permohonan Secara Manual
Kembali