Inisiatif ini memberi peluang kepada pemandu teksi untuk beralih kepada kenderaan yang lebih moden, selamat, selesa dan berkualiti. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan tahap keselamatan serta kecekapan operasi, malah turut memperkukuh imej perkhidmatan teksi sebagai salah satu komponen penting dalam ekosistem pengangkutan awam negara.
- Pemohon baharu lesen pengendali teksi individu.
- Pemilik atau pengusaha teksi yang ingin menggantikan kenderaan.
- Individu yang ingin memiliki Proton S70 di bawah program IMTP.
- Mempunyai Lesen Memandu Vokasional (PSV) yang aktif.
- Memiliki sijil pendaftaran syarikat daripada SSM yang masih dalam tempoh sah laku.
- Kelulusan permohonan juga adalah tertakluk kepada kelulusan pembiayaan kewangan bagi pembelian pakej teksi model Proton S70 di bawah IMTP oleh badan atau institusi kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- Syarat, peraturan dan syarat lesen semasa permohonan lesen pengendali Kenderaan Perkhidmatan Awam Teksi yang dikawal selia oleh APAD.
Pengecualian 100% duti eksais dan 100% cukai jualan bagi pembelian teksi baharu model Proton S70 di bawah IMTP
Untuk maklumat lanjut, sila layari
1. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
2. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Melalui inisiatif ini, pemandu teksi dijangka dapat menikmati kos penyelenggaraan yang lebih rendah, tahap keselamatan yang lebih baik serta pengalaman pemanduan yang lebih selesa. Pada masa yang sama, pengguna akan menerima manfaat daripada perkhidmatan teksi yang lebih berkualiti, selamat dan diyakini, selaras dengan usaha Kerajaan memperkukuh sistem pengangkutan awam yang cekap dan mampan.
1. Pilih pakej teksi model Proton S70 yang ditawarkan di bawah program IMTP.
2. Hubungi pihak PROTON untuk penjelasan lanjut terutama pakej pembiayaan.
3. Kemukakan permohonan secara rasmi melalui sistem i-SKPK APAD