Skip to main content
Sarawak : Subsidi Yuran Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Ibu Bapa / Kanak-kanak yang berdaftar di Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berdaftar di Sarawak

Kriteria Permohonan: 

1. Ibu/bapa/penjaga dan kanak-kanak adalah warganegara Malaysia berstatus K atau mempunyai Sarawak Connection; 

2. Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah yang mendapat asuhan dan didikan awal secara bulanan di IPAKK yang berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) bagi TADIKA Swasta dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) bagi TASKA Swasta sahaja serta perakuan pendaftaran masih sah dan aktif (dalam tempoh 3 bulan); 

3. Jumlah pendapatan isi rumah RM7,000.00 dan ke bawah; 

4. Ibu/bapa/penjaga mempunyai penyata pendapatan (bagi yang bekerja) dan pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri); 

5. Kanak-kanak tidak menerima bantuan/subsidi TASKA/TADIKA daripada Kerajaan Persekutuan; 

6. Mempunyai akaun bank IPAKK yang masih aktif (bukan akaun persendirian) dan wajib mempunyai no. ID akaun; dan 

7. Pengusaha IPAKK yang memohon hendaklah mengemaskini maklumat kanak-kanak di dalam Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (National Child Data Centre) dan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) bagi tujuan semakan dan pemantauan.

Maksimum RM1,000.00 setahun untuk seorang kanak-kanak

Tiada

Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak

Keterangan

Subsidi Yuran Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) ini merupakan satu inisiatif untuk meringankan beban ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak (IPAKK) yang berdaftar dan inisiatif ini diteruskan bagi tahun 2025.

Objektif

1. Membantu meringankan beban ibu bapa untuk membayar yuran anak terutamanya bagi yang mempunyai lebih daripada seorang anak di IPAKK; 

2. Menggalakkan ibu bapa menghantar anak ke IPAKK yang berdaftar; dan 

3. Menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam pendidikan awal.

Tatacara Permohonan

Kaedah Permohonan: 

1. Ibu bapa hendaklah mengemukakan dokumen dan borang permohonan kepada TASKA/TADIKA masing-masing; 

2. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pengusaha/wakil TASKA/TADIKA secara atas talian (rumusan permohonan ibu/bapa/penjaga) melalui pautan http://bit.ly/SYPAKK2025; dan 

3. Permohonan hendaklah disemak dan disahkan oleh pengusaha IPAKK DAN hendaklah melengkapkan Akuan Semakan dan Pengesahan Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (Lampiran 2). Salinan ASAL Surat Akuan tersebut hendaklah dihantar ke KPWK.

Kembali