Geran Tahunan Khas ini adalah untuk memastikan pembangunan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti di Sarawak
Insitusi Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berdaftar di Sarawak
1. Permohonan hendaklah dikemukakan dan disahkan melalui senarai IPAKK oleh agensi berdaftar masing-masing di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Akta Pendidikan 1996), Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (Akta TASKA 1984), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan), Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak dan SeDidik Sdn. Bhd.;
2. Agensi hendaklah mengemukakan penyata akaun bank IPAKK yang telah disahkan oleh agensi masing-masing bagi setiap IPAKK yang disenaraikan dalam permohonan;
3. IPAKK masih beroperasi, lesen pendaftaran belum tamat tempoh (dalam tempoh 3 bulan) dan masih sah di bawah jabatan induk;
4. Mempunyai kanak-kanak yang berdaftar dengan IPAKK;
5. Mempunyai akaun bank IPAKK yang masih aktif (bukan akaun persendirian) dan wajib mempunyai no. ID akaun; dan
6. Semua IPAKK dan kanak-kanak yang berdaftar adalah layak menerima Geran Tahunan Khas.
RM 2,500 setahun bagi sebuah IPAKK untuk pelaksanaan program dan RM100.00 setahun bagi seorang kanak-kanak yang berdaftar untuk bantuan pendaftaran.
Q1: Adakah IPAKK perlu mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti?
A1: IPAKK tidak perlu menghantar permohonan ke KPWK. IPAKK perlu mengemaskini data kanak-kanak yang layak melalui sistem pendaftaran masing-masing. Permohonan adalah melalui agensi.
Q2: Apakah kegunaan Bantuan Pendaftaran?
A2: Bantuan ini adalah untuk membantu ibu bapa membayar keperluan pendaftaran kanak-kanak dan keperluan pembelajaran kanak-kanak di IPAKK.
Q3: Bagaimanakah sekiranya bantuan tersebut disalurkan lewat setelah yuran pendaftaran dibayar oleh ibu bapa?
A3: Peruntukan boleh dibayar balik kepada ibu bapa.
Q4: Adakah Bantuan tersebut dibayar terus kepada ibu bapa?
A4: Bantuan tersebut akan dibayar melalui IPAKK masing-masing.
Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak
Geran ini adalah untuk:
1. Pelaksanaan program-program berikut:
(i)Pembangunan Profesionalisme Pendidik dan Pengasuh berjumlah RM1,000.00;
(ii)Pembangunan Awal Kanak-kanak seperti Experiential Learning, Fun Learning, Bersih Awal Bersih Akhir (BABA), pendigitalan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak, pembelajaran bahasa isyarat (sign language) atau mana-mana yang berkaitan berjumlah R1,000.00; dan
(iii)Save For Golden Future berjumlah RM500.00.
2) Bantuan Pendaftaran. Komponen ini bertujuan membantu ibu bapa untuk membiayai yuran pendaftaran kanak-kanak yang perlu dibayar semasa kemasukan kanak-kanak ke IPAKK pada awal sesi persekolahan/pengasuhan.
Permohonan akan dibekalkan dan disahkan oleh agensi berdaftar masing-masing iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Akta Pendidikan 1996), Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (Akta TASKA 1984), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan), Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak dan SeDidik Sdn. Bhd.