Skip to main content
Perlis : Sumbangan Dana Pendidikan Kerajaan Negeri Perlis

Anak Negeri Perlis

1) Pemohon mestilah Anak Negeri Perlis yang ditakrifkan sebagai : 

a) Pelajar atau ibu bapa lahir di Negeri Perlis dan m,esti menetap di Perlis; atau 

b) Pelajar dan keluarga bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perlis dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada JKKK/Wakil Rakyat. 

2) Sumbangan Dana Pendidikan hanya ditawarkan untuk pengajian sepenuh masa peringkat Doktor Falsafah (Dalam atau Luar Negara) / Sarjana (Dalam atau Luar Negara) / Ijazah Pertama (Dalam atau Luar Negara) / Diploma / Matrikulasi / Asasi / Pra-Diploma dan lain-lain yang setaraf sahaja. 

3) Permohonan dibuka bagi tempoh 1 tahun mulai tarikh surat tawaran pengajian sahaja. 

4) Isirumah (Ibu dan Bapa) bependapatan di bawah RM 4,000.00 sebulan sahaja. 

5) Pemberian hanya sekali sahala bagi setiap peringkat pengajian. 

6) Pemohon hanya layak menerima 1 sumbangan dana sahaja sama ada melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis atau Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Kadar bantuan ditetapkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Keterangan
Objektif

Memberi bantuan dalam pendidikan kepada Anak Negeri Perlis

Tatacara Permohonan

1) Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport. 

2) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. 

3) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan mengikut susunan yang berikut: 

a) Salinan sijil kelahiran; 

b) Salinan kad pengenalan; 

c) Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/institusi 

d) Bukti Penerimaan BSH, Penyata Pendapatan isirumah (Ibu dan Bapa/penjaga atau jika bekerja sendiri, perlu mendapatkan Pengesahan Pendapatan dari JKKK Kawasan masing-masing; dan 

e) Salinan akaun bank pemohon 

4) Semua salinan dokumen di para 3 hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan kumpulan A / Pengetua Sekolah / Guru Besar / Majikan sahaja. 

5) Semua permohonan perlu dihantar ke alamat:

Bahagian Khidmat Pengurusan 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis 

Persiaran Wawasan 

01000 Kangar

Kembali