Skip to main content
Sarawak : Program Low Income Family Empowerment (LIFE)

Golongan rentan dan miskin yang dirujuk oleh Focus Group Daerah

Syarat dan kriteria bagi pemilihan peserta LIFE adalah seperti berikut: 

a. Warganegara Malaysia yang berstatus ’K’ dan bermastautin di Sarawak. 

b. Isi rumah kumpulan B40 dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,250.00 sebulan (HIES, DOSM, 2022) atau RM1,312.00 per kapita; 

c. Kumpulan sasar yang memenuhi syarat di Perkara 3.0; 

d. Berumur 18 tahun hingga 65 tahun bagi bantuan modal untuk aktiviti peningkatan pendapatan; dan 

e. Tidak pernah mendapat bantuan modal atau sokongan yang serupa daripada mana-mana agensi dalam tempoh satu tahun semasa permohonan diterima.

RM5,000.00 satu keluarga

Majlis Pembangunan Sosial, KPWK

Keterangan

Satu program bersasar kepada komuniti rentan, bersepadu dan inklusif di bawah RMK12 bagi menangani isu kemiskinan untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga berpendapatan rendah terjebak isu sosial yang diberi fokus oleh Majlis Pembangunan Sosial (MPS), Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK)

Objektif

1. Menambah pendapatan dan meningkatkan sosio ekonomi keluarga kumpulan sasar

2. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kefungsian sosial dan daya saing peserta

3. Membantu menangani kepulihan isu sosial yang dihadapi oleh kumpulan sasar

4. Membantu peserta keluar daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK)

Tatacara Permohonan

1. Borang permohonan boleh didapatkan daripada rakan strategik dan urursetia LIFE di Tingkat 8, Baitul Makmkur 2, Petra Jaya atau di talian 082-374700. 

2. Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh agensi/NGO mengikut isu sosial pemohon.

Kembali