Skip to main content
Sarawak : Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak

Usahawan Wanita Sarawak

i. Pemegang kad pengenalan berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus “K”; 

ii. Usahawan Wanita Sarawak berumur 18 tahun dan ke atas (yang berniaga SAHAJA); 

iii. Berpendapatan isi rumah di bawah RM4,849.00; 

v. Had maksimum Geran adalah RM2,000 sahaja seorang penerima; dan 

vi. Mengemukakan borang yang lengkap diisi beserta salinan dokumen yang disahkan.

RM2,000.00

Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS)

Keterangan

Geran berbentuk peralatan perniagaan bernilai RM2,000 sahaja untuk seorang penerima (one-off).

Objektif

Mengupayakan golongan isi rumah dan/atau ibu tunggal dalam mewujudkan peluang menjana dan meningkatkan pendapatan sendiri agar berdikari demi mengharmonikan kehidupan berkeluarga.

Tatacara Permohonan

1. Permohonan Geran Modal hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web JWKS dan dokumen sokongan perlu dimuatnaik sebelum permohonan dihantar. 

2. Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred N9 ke atas sahaja kecuali bagi Borang Pengesahan Pendapatan boleh dibuat melalui KMKK. 

3. Pastikan sebut harga peralatan perniagaan diterima lengkap dicop dan ditandatangan daripada pembekal (kedai) yang sahih. 

4. Sebut harga mestilah mengandungi butiran pembekal, nama pemohon, nama & jenis peralatan, kuantiti & harga peralatan termasuk kos penghantaran. 

5. Permohonan (percuma) hendaklah dibuat sendiri oleh pemohon dan penggunaan perkhidmatan berbayar daripada pihak lain adalah TIDAK DIBENARKAN.

Kembali