Skip to main content
Sabah: Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR)
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Sabah.
  • Golongan rakyat yang tersenarai dalam pangkalan data kemiskinan persekutuan dan negeri.
  • Individu atau keluarga miskin tegar yang melepasi tapisan kelayakan berdasarkan profil tempatan.
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 14 Januari 2026.
  • Warganegara Malaysia.
  • Beralamat dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus "H".
  • Memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:
    • Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin atau miskin tegar dalam pangkalan data eKasih dan PADANS;
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK); atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) miskin atau miskin tegar berdasarkan data semakan berkala eKasih dan PADANS mengikut PGK 2024.
  • Kategori penerima:
    • Kategori miskin: Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
    • Kategori miskin tegar: Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan; atau KIR, pasangan serta seorang Ahli Isi Rumah/anak tanggungan berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat program.

RM 200 sebulan selama setahun

Anda boleh merujuk Senarai Soalan Lazim (FAQ) Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di sini:

FAQ Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 (Edaran 1/2026) 

 

Semakan Status Kelulusan:

https://syukur.sabah.gov.my/ 

Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ)

Keterangan

Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) ialah inisiatif bantuan kewangan khas Kerajaan Negeri Sabah di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang bertujuan meringankan beban kewangan penerima, membantu golongan memerlukan mendapatkan keperluan asas dan menjalani kehidupan yang lebih baik, mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah, serta mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat melalui agihan bantuan mengikut keutamaan.

Objektif

1. Membantu membasmi dan mengurangkan kadar kemiskinan tegar dalam kalangan penduduk Sabah.
2. Meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan isi rumah berpendapatan terendah.
3. Menyediakan bantuan langsung yang cekap melalui kaedah penyaluran dana secara terus ke akaun bank peribadi.

Tatacara Permohonan

Permohonan baharu boleh didaftarkan melalui:

1. Secara Dalam Talian:

https://padans.sabah.gov.my/  

2. Secara Manual:

Hadir ke Pejabat Daerah, Pejabat Daerah Kecil, Majlis Perbandaran berdekatan, atau terus ke Ibu Pejabat Sekretariat Sabah Maju Jaya.

 

Kembali