Skip to main content
Kedah: Tabung Usahawan Wanita Sejahtera Negeri Kedah (TUWS)

Wanita yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di seluruh negeri kedah melibatkan 36 DUN.

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di negeri Kedah;
  2. Wanita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan;
  3. Pendapatan isi rumah di bawah a garis kemiskinan (PGK semasa Kedah 2022- pendapatan bulanan RM2,271.00, perkapita RM629.00); atau
  4. Sebarang pindaan tertakluk kepada keputusan mesyuarat jawatankuasa pemutus tabung usahawan wanita.

RM500 secara one-off (semasa) 

Kadar bantuan bergantung kepada peruntukan semasa kerajaan negeri Kedah. Antaranya:

  1. Secara tunai di antara RM500 hingga RM1000 (one-off); atau
  2. Modal berbentuk peralatan/ barangan bergantung kepada jenis perniagaan.

Kerajaan Negeri Kedah di bawah Portfolio Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan Negeri Kedah

Keterangan

Bantuan Tabung Usahawan Wanita Sejahtera Negeri Kedah (TUWS) adalah bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada golongan wanita yang  menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan mengikut kriteria syarat yang ditetapkan.

Objektif

Bagi membantu golongan wanita yang ingin memajukan perniagaan kecil atau perusahaan di rumah secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Tatacara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di Pusat Khidmat Wakil Rakyat / Penyelaras DUN mengikut daearah masing-masing.

Kembali