Inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang menyediakan perlindungan insurans kemalangan diri secara percuma kepada rakyat Sabah yang layak bagi melindungi risiko kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal. Perlindungan ini berkuat kuasa dari 1 Mei 2025 hingga 30 April 2028.
Semua penduduk Sabah yang layak, iaitu:
i. Nombor Kad Pengenalan dengan nombor negeri Sabah iaitu 12, 47, 48 atau 49
ii. Berumur antara 30 hari hingga 80 tahun
Tiada sebarang proses pendaftaran atau pengisian borang diperlukan oleh orang awam. Sistem kelayakan skim ini berfungsi secara automatik berasaskan semakan rekod nombor kad pengenalan (MyKad) penduduk yang layak.
Maksimum RM10,000 bagi kes kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan, beserta tambahan RM500 sebagai faedah khairat/perbelanjaan pengurusan jenazah.
Senarai soalan lazim boleh dirujuk di dalam pautan berikut:
Soalan Lazim Skim Insurans Rakyat Sabah
Kementerian Kewangan Negeri Sabah