Skip to main content
Sabah: Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH)

Sekolah Kerajaan di Sabah serta sekolah berdaftar yang layak seperti Sekolah Agama dan Tahfiz.

Sekolah berdaftar di Sabah dan mengemukakan permohonan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Sehingga RM15,000 bagi setiap sekolah (tertakluk kepada kelulusan).

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas

Keterangan

Bantuan keperluan peralatan sekolah di Sabah untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Objektif

Meningkatkan kemudahan pembelajaran dan mewujudkan persekitaran pengajaran yang kondusif di sekolah.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di https://mttk.sabah.gov.my/ atau manual dan dialamatkan kepada:

Setiausaha Tugas-Tugas Khas,
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas (PMTTK)
Aras 29, Blok A, Menara Kinabalu
88450, Kota Kinabalu, Sabah

Kembali