Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan secara holistik dengan memastikan kemiskinan itu tidak diwarisi kepada anak-anak. Selain pelbagai bantuan sedia ada yang telah diberi kepada ketua keluarga, kerajaan berpandangan generasi anak-anak boleh mengubah nasib keluarga melalui pendidikan yang komprehensif.
Bagi menjamin kelangsungan pendidikan anak-anak, wujud keperluan bagi mendidik ketua keluarga untuk mula menyimpan bagi tujuan simpanan pendidikan. Oleh itu, kerajaan negeri menyediakan peruntukan kepada rakyat yang memerlukan untuk mula menabung bagi tujuan simpanan pendidikan anak-anak mereka.