Skip to main content
Servis Ihsan MADANI @ Petronas AutoExpert (SIM@PAX)

Warganegara Malaysia

Tidak Berkenaan

Diskaun 10% hingga 30% untuk minyak pelincir mineral dan separa sintetik.

Untuk malumat lanjut, sila layari https://www.mymesra.com.my/bm/untuk-pengguna/promosi/servis-ihsan-madani

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Keterangan

Inisiatif penjimatan kos bagi penyelenggaraan kenderaan sempena sambutan musim perayaan utama di Malaysia. Pengguna berpeluang mendapatkan diskaun bagi perkhidmatan servis kereta termasuk produk minyak pelincir antara 10%-30% lebih rendah berbanding harga pasaran semasa

Objektif

Objektif utama SIM@PAX ialah meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah, dengan menawarkan servis kenderaan pada harga promosi dan diskaun besar melalui kerjasama antara KPDN dan syarikat automotif seperti Proton dan Perodua, serta syarikat berkaitan automotif seperti PETRONAS, untuk menggalakkan pemanduan selamat dan menjaga keadaan kenderaan sentiasa baik. 

Tatacara Permohonan

i. Lancarkan aplikasi Setel dan klik 'Servis kereta'.
ii. Pilih bengkel dan klik 'Buat temu janji'.
iii. Pilih kenderaan anda, isi borang dan klik 'Hantar'.
iv. Permintaan temu janji anda telah dihantar!

Kembali