Skip to main content
Sarawak : Program Subsidi Tambang Bas RM1.00

1. Pengguna pengangkutan awam 

2. Pelajar 

3. Warga emas 

4. OKU

Tiada syarat permohonan

1. Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) Kerjasama bersama: 

2. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 

3. Persatuan Syarikat Bas Sarawak (SBTCA)

Keterangan

Program Subsidi Tambang Bas RM1.00 merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak Program Subsidi Tambang Bas RM1.00 merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak sebagai langkah proaktif untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih mampu milik, efisien dan mesra rakyat. Melalui program ini, pengguna hanya perlu membayar tambang serendah RM1.00 bagi setiap perjalanan menaiki bas di laluan-laluan yang terlibat. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama syarikat pengendali bas tempatan dan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam, meringankan beban kos sara hidup rakyat serta menyokong pembangunan sistem mobiliti yang lebih mampan di negeri Sarawak.

Objektif

Program Subsidi Tambang Bas RM1.00 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, pelajar dan warga emas, di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih efisien dan mesra alam. Program ini juga bertujuan meningkatkan akses mobiliti rakyat di kawasan bandar dan luar bandar, mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menyokong usaha kerajaan ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam yang mampan dan inklusif di Sarawak.

Kembali