MySubsidi Diesel ialah sebuah platform untuk memusatkan permohonan subsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
Sistem ini dibuka kepada syarikat dan badan yang memiliki kenderaan pengangkutan darat awam serta kenderaan pengangkutan darat barangan berkelayakan untuk membeli diesel bersubsidi daripada syarikat-syarikat pengendali stesen minyak terpilih melalui "fleet card".
Fleet Card membolehkan syarikat logistik yang layak untuk membeli diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak. Usaha ini adalah untuk memastikan kesan kos yang minimum kepada rantaian nilai logistik dan bekalan, secara langsung mengurangkan risiko kenaikan harga barangan keperluan rakyat.