Skip to main content
Sarawak : Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan

Kumpulan Sasar JKMS yang kurang berkemampuan, berkeperluan, penghidap penyakit kronik dan terlantar untuk membeli Alat Tiruan/Sokongan. Kumpulan sasar terdiri daripada: 

a) Kanak-Kanak; 

b) Warga Emas; 

c) Orang Kurang Upaya (OKU); 

d) Keluarga; 

e) Orang Papa; 

f) Mangsa Bencana; 

g) Pesalah Muda;

h) Mangsa Keganasan Rumahtangga; 

i) Mangsa Pemerdagangan Orang; dan 

j) Komuniti Rentan;

i. Warganegara Malaysia, berasal dari Sarawak dan bermastautin tetap di Sarawak; 

ii. Kumpulan sasar JKMS yang kurang berkemampuan, berkeperluan, penghidap penyakit kronik dan terlantar;

iii. Penjawat awam atau pesara kerajaan yang tidak layak untuk menerima bantuan serupa daripada kerajaan; 

iv. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa, iaitu RM990.00 atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa, RM240.00;

v. Disyorkan oleh Pegawai Perubatan (kerajaan) atau; Pegawai Pemulihan Perubatan atau; Pegawai di JKMS mengikut jenis ketidakupayaan; 

vi. Permohonan Bantuan Alat Tiruan/Sokongan bagi tujuan kosmetik adalah tidak dibenarkan;

vii. Pengarah mempunyai kuasa untuk meluluskan mana-mana kes yang telah melebihi had kelayakan yang telah ditetapkan oleh Jabatan.

mengikut kadar semasa

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS)

Keterangan

Membolehkan kumpulan sasar JKMS yang kurang berkemampuan dan berkeperluan bagi meningkatkan keupayaan dan mobiliti dalam menjalankan kehidupan seharian.

Objektif

Membantu kumpulan sasar JKMS yang kurang berkemampuan, berkeperluan, penghidap penyakit kronik dan terlantar untuk membeli Alat Tiruan/Sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai Perubatan (Kerajaan), Pegawai Pemulihan Perubatan dan Pegawai di JKMS mengikut jenis ketidakupayaan.

Tatacara Permohonan

Salinan Kad Pengenalan pemohon atau Sijil Kelahiran pemohon atau MyKid. 

*Sijil lahir dan MyKid adalah untuk pemohon kanak-kanak Salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir Ahli Isi Rumah (AIR) Salinan Kad OKU / Surat Pengesahan OKU (Jika berkaitan) 

Gambar pemohon 

Pemohon: 1 Bulan penyata Gaji (jika ada) atau Surat Pengesahan daripada Ketua Masyarakat / Ketua Kaum (KMKK) (jika bekerja sendiri) atau Penyata Pencen (jika ada) atau Penyata Perkeso (jika ada). Ahli Isi Rumah: Bulan penyata Gaji (jika ada) atau Surat Pengesahan daripada Ketua Masyarakat / Ketua Kaum (KMKK) (jika bekerja sendiri) atau Penyata Pencen (jika ada) atau Penyata PERKESO (jika ada)

*Berusia 16 tahun ke atas memerlukan pengesahan pendapatan jika tidak lagi bersekolah 

Salinan Bil Utiliti atau Pengesahan tempat tinggal oleh Ketua Masyarakat / Ketua Kaum (KMKK) 

Surat Sokongan Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan Kerajaan Gambar keadaan kediaman: Bahagian hadapan rumah, bahagian ruang tamu, ruang dapur dan bahagian belakang rumah

Tiga (3) sebut harga beserta gambar Alat Tiruan/Sokongan daripada pembekal dari Sarawak

Gambar Alat Tiruan/Sokongan sedia ada (bagi permohonan semula)

Kembali