Skip to main content
Perlis : Skim Agihan Perubatan

Asnaf
Fakir, Miskin, Muallaf, Fisabillah dan Ibnussabil

Syarat-syarat
i. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
ii. Pemohon mengemukakan laporan/pengesahan pegawai perubatan dari pusat-pusat perubatan atau mana-mana pihak yang diiktiraf termasuk pusat rawatan tradisional.

Cara Bayaran/Agihan
Agihan cek/tunai

Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs)

Keterangan

Kaedah Pelaksanaan
i. Cadangan atau saranan hasil siasatan amil atau UNIT KERJA SOSIAL HOSPITAL.
ii. Pemohon hendaklah mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan beliau menghadapi kecemasan.
iii. Jika pemohon merupakan pesakit yang tidak boleh menguruskan penerimaan Agihan, maka Agihan cek/tunai boleh
diberikan kepada penjaga atau waris berdasarkan asas pertimbangan pegawai pengurus zakat.

 

Objektif

Membantu mereka yang mengalami kesulitan akibat sesuatu kesakitan atau kecacatan. Agihan turut diberikan untuk pembelian ubat, peralatan sokongan dan tambang (bagi rawatan di luar Perlis). Membantu pesakit yang tidak mampu menampung pembiayaan kos perubatan di mana-mana pusat perubatan (swasta/Kerajaan)

Tatacara Permohonan

Proses Permohonan
Permohonan Bantuan Perubatan MAIPs hendaklah dirujuk kepada Unit Kerja Sosial di Hospital tempat menerima rawatan.

Kembali