Untuk membantu anda, kami telah menyenaraikan semua soalan lazim di bawah. Jika anda tidak menemui maklumat yang anda cari atau mempunyai sebarang soalan tambahan, anda boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami.
Sebarang maklum balas atau cadangan berkaitan Portal Ihsan MADANI ini sangat dialu-alukan dan boleh dikemukakan kepada Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) melalui e-mel admin.ihsanmadani@kpdn.gov.my
Ya, portal ini mesra mudah alih dan boleh diakses melalui komputer, komputer riba, telefon pintar, tablet dan semua peranti mudah alih yang menyokong penggunaan pelayar web.
Ya, Aplikasi Ihsan MADANI yang boleh dimuat turun di aplikasi Apple AppStore. Namun, bagi Google PlayStore dan Huawei AppGallery akan tersedia pada masa akan datang.