Inisiatif perumahan percuma Kerajaan Negeri Sabah yang menggantikan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di peringkat negeri. Program ini menggunakan teknologi Industrialised Building System (IBS) dan merupakan sebahagian daripada teras ketiga Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021–2025 bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Pelaksanaannya meliputi semua 73 kawasan DUN dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan serta Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil.
Perumahan
Sabah: Rumah Mesra Sabah Maju Jaya
- Golongan berdaftar dalam sistem eKasih.
- Orang Kurang Upaya (OKU).
- Mangsa bencana.
- Pemilik rumah daif.
- Individu yang tidak memiliki rumah.
- Berdaftar dalam sistem eKasih.
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah (JPKANS).
- Mangsa bencana alam yang disahkan oleh agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
- Pemilik rumah daif yang memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:
- Rumah usang yang merupakan kediaman utama dan tetap penerima;
- Rumah yang tidak selamat untuk didiami; atau
- Kos baik pulih rumah melebihi RM15,000.00.
- Tidak memiliki rumah sendiri.
- Golongan B40 kategori B1 dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM2,500.00, yang:
- Menumpang di rumah keluarga atau saudara-mara; atau
- Menyewa bilik atau ruang sebagai tempat tinggal sementara.
- Keutamaan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
RM 80,000 seunit
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
Keterangan
Objektif
1. Membantu golongan e-Kasih, OKU, mangsa bencana, pemilik rumah daif dan mereka yang tidak memiliki rumah sendiri tertakluk syarat yang ditetapkan.
2. Meningkatkan pemilikan rumah & sosioekonomi rakyat.
3. Memastikan kualiti hidup keluarga Sabah bertambah baik.
Tatacara Permohonan
Rakyat Sabah yang memenuhi kriteria dan syarat Program Rumah Mesra SMJ (RMSMJ) boleh mengemukakan borang permohonan kepada Pejabat Daerah mengikut alamat tetap masing-masing untuk dipertimbangkan.
Kembali