Skip to main content
Perak: Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal

Pelajar Cemerlang Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dalam golongan Asnaf Fakir dan Miskin

  1. Pelajar beragama Islam (Bagi Muallaf – tidak kurang 3 tahun telah memeluk Islam);
  2. Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di mana-mana Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat;
  3. Pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik seperti berikut:
    i) Bagi pelajar di tingkatan 4, memperolehi sekurang-kurangnya 6A/ tahap 6 di peringkat peperiksaan akhir tahun tingkatan 3;
    ii) Bagi pelajar di tingkatan 5, memperolehi sekurang-kurangnya 6A/ tahap 6 peperiksaan akhir tahun tingkatan 4;
    iii) Pelajar yang memperolehi prestasi kurang daripada 6A/ tahap 6 boleh dipertimbangkan atas perkara had kifayah dan masih mempunyai potensi untuk maju.
  4. Pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum; dan
  5. Pelajar tidak menerima bantuan atau biasiswa persekolahan jenis yang sama dari mana-mana pihak,

RM 1,500/ seorang

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)

Keterangan

Bantuan biasiswa mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan

Objektif

Bantuan bagi pelajar dari kalangan anak asnaf yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Objektif skim bantuan ini adalah sebagai motivasi dalam meningkatkan mutu pembelajaran dan mengekalkan prestasi kecemerlangan. 

Tatacara Permohonan

Permohonan dalam talian melalui sistem https://bestari.maipk.gov.my/ 

Kembali