Skip to main content
Perak: Skim Bantuan Perubatan

Golongan Asnaf Fakir dan Miskin

  1. Beragama Islam (Bagi Muallaf – tidak kurang 3 tahun telah memeluk Islam);
  2. Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang 3 bulan; 
  3. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap;
  4. Jumlah pendapatan bulanan (kasar) Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan) kecuali asnaf Fisabilillah;
  5. Tergolong dalam kategori asnaf Fakir/ Miskin/ Muallaf/ Fisabilillah;
  6. Disahkan sakit dan disyorkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Unit Kerja Sosial supaya menjalani rawatan; 
  7. Disahkan kemudahan rawatan tidak dapat diperolehi di klinik/ hospital Kerajaan; 
  8. Pesakit yang tidak menerima pembiayaan rawatan daripada Kerajaan/ mana-mana agensi/ individu persendirian;

Kadar bantuan tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melulus dan Belanjawan Tahunan MAIPk.

Tidak berkenaan

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)

Keterangan

Bantuan pembelian baranagn berkaitan perubatan mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan

Objektif

Untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, peralatan perubatan, peralatan rehabilitasi dan ubat-ubatan kepada golongan asnaf Fakir/ Miskin/ Muallaf dan Fisabilillah.

Tatacara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di mana-mana Pejabat Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) di seluruh negeri Perak.

Kembali