Skip to main content
Perak: Skim Bantuan Hemodialisis

Golongan Asnaf Fakir dan Miskin

  1. Beragama Islam (Bagi Muallaf – tidak kurang 3 tahun telah memeluk Islam);
  2. Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang 3 bulan; 
  3. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap;
  4. Jumlah pendapatan bulanan (kasar) Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan)
  5. Tergolong dalam kategori Asnaf Fakir/ Miskin;
  6. Disahkan oleh Pakar Nefrologi/ Pegawai Perubatan Kerajaan mengidap penyakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan memerlukan rawatan cucian buah pinggang; 
  7. Disahkan kemudahan rawatan tidak dapat diperolehi di klinik/ hospital kerajaan; dan
  8. Pesakit yang tidak menerima pembiayaan rawatan daripada Kerajaan/ mana-mana agensi/ individu persendirian.

RM 3,300 (kos cucian buah pinggang & suntikan)

Tidak berkenaan

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)

Keterangan

Bantuan bayaran kos perubatan dialisis mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan

Objektif

Untuk membiayai rawatan kegagalan buah pinggang pada peringkat akhir dan berkekalan sepanjang hayat kepada golongan asnaf fakir dan miskin.

Tatacara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di mana-mana Pejabat Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) di seluruh negeri Perak.

Kembali