Tabung ini ditubuhkan pada awal bulan Disember 1990 yang merupakan sebuah inisiatif kebajikan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia berfungsi sebagai mekanisme untuk menyalurkan bantuan kepada individu dan keluarga yang memerlukan, terutama mereka yang terjejas akibat bencana seperti kebakaran, ribut, dan rawatan perubatan, Di bawah Dasar Membangun Bersama Islam, Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan tabung ini dengan matlamat untuk membantu individu dan orang ramai khususnya kepada;
- Miskin
- Daif
- Ditimpa malapetaka
- Bencana alam
- Penyakit-penyakit kronik
Tabung ini juga bermatlamat bagi menampung kos projek infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat.
Sumber halal digunakan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan. Sumber yang tidak halal digunakan untuk membiayai program-program dan projek-projek infrastruktur dan kemudahan asas sahaja atau membina rumah ibadat orang bukan Islam.