Skip to main content
Melaka: Program Melaka Rumahku (PMR) - Bina Baharu

Pemohon yang berkelayakan mengikut syarat yang ditetapkan di bawah program tersebut

Syarat-syarat dan terma-terma Program Melaka Rumahku Bina Baharu yang ditetapkan adalah seperti berikut :

i.        Warganegara Malaysia
ii.        Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan
iii.        Berumur 20 tahun dan ke atas
iv.        Keutamaan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Majlis Agama Islam Melaka
vi.        Mangsa bencana/kecemasan
vii.        Lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dari masa ke semasa

RM70,000.00 seunit dengan bajet Tahunan sebanyak RM2,000,000

Lembaga Perumahan Melaka (LPM)

Keterangan

PMR Bina Baru adalah jenis rumah sesebuah yang dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM70 ribu seunit (800kps luas lantai) dan ditawarkan kepada pemohon yang layak mengikut syarat yang ditetapkan secara percuma

Objektif

PMR Bina Baru adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat memiliki kediaman yang selesa dan selamat

Tatacara Permohonan

Pengisian borang permohonan secara manual

Kembali