Skip to main content
Negeri Sembilan: Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan (RHR)

Warganegara Malaysia (keutamaan pada anak Negeri Sembilan) terdiri daripada golongan B40

  1.  Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
  2. Berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
  5. Memiliki tanah (hak milik penuh/perkongsian), tanah tersebut bersesuaian bagi pembinaan rumah dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. (Contoh: Tanah Adat GSA/FELDA/FELCRA/GATCO tidak layak. Pemilikan tanah berstatus Pentadbir atau Pemegang Amanah tidak layak. Tanah dicagarkan ke LPPSA/BANK/SPNB/Koperasi tidak layak. Tanah dimasukkan kaveat oleh mana-mana pihak tidak layak dan lain-lain bebanan. Jika pemohon bukan tuan tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi atau 232 meter persegi.
  7. Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar. Tanah hendaklah boleh diakses oleh kenderaan. 
  8. Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih atau lain-lain.
  • Harga seunit rumah - RM85,000.00 
  • Subsidi Kerajaan Negeri - RM10,000.00 
  • Jumlah Pembiayaan - RM75,000.00

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang www.pknns.gov.my 

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)

Keterangan

Kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing

Objektif

Membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna dan selesa

Tatacara Permohonan
  1. Muat turun borang di laman sesawang www.pknns.gov.my; atau 
  2. Mendapatkan borang permohonan dari Bahagian Pembangunan Strategik, PKNNS 
  3. Menghantar borang yang lengkap ke Bahagian Pembangunan Strategik, PKNNS
Kembali