Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) merupakan inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pelajar kelahiran Pulau Pinang atau pelajar yang memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di sekolah Pulau Pinang dan mempunyai ibu bapa/ pengundi berdaftar di Pulau Pinang untuk membantu menampung kos pendaftaran pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Bantuan ini berbentuk kewangan sekali bayar (one-off) dan bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga, terutamanya golongan B40.
Pendidikan
Pulau Pinang: Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA)
Pelajar Golongan B40
- Pendapatan isi rumah (ibu & bapa / penjaga) tidak melebihi RM8,000 (Gaji Pokok Sahaja).
- Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
- Pemohon merupakan ANAK KELAHIRAN NEGERI PULAU PINANG ATAU pelajar yang memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di sekolah Pulau Pinang.
- Pelajar yang ditawarkan ke program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pada tahun semasa dan tahun berikutnya sahaja.
- Semua PDT menerima permohonan dengan salinan kad matrik / surat tawaran walaupun tiada resit pembayaran yuran pendaftaran.
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
- Universiti di Semenanjung = RM1,000
- Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200
- Politeknik Malaysia = RM300.00
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://ibita.penang.gov.my/
- Kerajaan Negeri Pulau Pinang
- Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
- Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri (BTMKN)
- Pejabat Daerah dan Tanah
Keterangan
Objektif
Membantu menampung kos pendaftaran pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar dari kalangan B40.
Tatacara Permohonan
Melalui Borang Permohonan secara atas talian (Sistem iBITA).
Kembali