Skip to main content
Kedah: Sumbangan Tabung Bantuan Perubatan Tabung Sejahtera Kedah Darul Aman 2025
  1. Warga negara Malaysia;
  2. Penduduk tetap negeri Kedah;
  3. Golongan B40 / Asnaf;
  4. Mendapat rawatan di hospital kerajaan;
  5. Tiada sokongan pembiayaan yang lain.
  1. Warga negara Malaysia;
  2. Penduduk tetap negeri Kedah;
  3. Golongan B40 / Asnaf;
  4. Mendapat rawatan di hospital kerajaan;
  5. Tiada sokongan pembiayaan yang lain.

Pembiayaan khusus bagi peralatan yang diperlukan untuk rawatan pesakit.

  1. Kerajaan Negeri Kedah
  2. Hospital Pakar Kerajaan dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah
Keterangan

Pembiayaan khusus bagi peralatan yang diperlukan untuk rawatan pesakit. Inisiatif ini merupakan usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan agar tiada yang tercicir daripada menerima rawatan.

Objektif

Kerajaan Negeri Kedah terus komited membantu rakyat yang memerlukan, khususnya golongan B40 dan asnaf, dengan menyediakan Sumbangan Tabung Bantuan Perubatan Sejahtera Kedah Darul Aman 2025. Bantuan ini adalah khusus bagi pembiayaan peralatan rawatan yang diperlukan oleh pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Tatacara Permohonan
  1. Dapatkan rujukan dan pengesahan rawatan dari Hospital Pakar Kerajaan;
  2. Hadir ke kaunter Jabatan Kerja Sosial Perubatan untuk ambil borang;
  3. Lengkapkan borang dan sediakan dokumen sokongan;
  4. Hantar ke bahagian Khidmat Sosial hospital untuk semakan kelayakan.
Kembali