Skip to main content
Kedah: Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah

Pembiayaan Pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah merupakan bantuan pembiayaan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.

  1. Pemohon ATAU Ibu ATAU Bapa LAHIR di Negeri Kedah SERTA Warganegara Malaysia DAN pemohon mestilah BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT dan disahkan oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah / Imam Kariah Negeri Kedah);
  2. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DAN telah membuat PENGESAHAN PENDAFTARAN PENGAJIAN;
  3. Permohonan dibuka bagi peringkat SIJIL / DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA PERTAMA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU ATAU SEMESTER KEDUA TAHUN PERTAMA IPTA/IPTS TERPILIH SESI PENGAJIAN TAHUN 2024/2025 SAHAJA;
  4. Pengajian ke peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) / STPM / STAM / Asasi / Matrikulasi / Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) / Ijazah Sarjana (Master) / PhD adalah TIDAK LAYAK MEMOHON;
  5. Pemohon mempunyai kesihatan yang baik. SPPNK berhak meminta apa-apa dokumen tambahan sekiranya diperlukan;
  6. Pemohon tidak menerima bantuan / tajaan kewangan dari mana-mana agensi;
  7. Ibu / Bapa / Penjaga tidak disenarai hitam / dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.

Kadar pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Sijil RM2,500.00 SETAHUN
  • Diploma RM4,500.00 SETAHUN
  • Diploma (UniSHAMS) RM12,00.00 SETAHUN
  • Ijazah Sarjana Muda RM6,500.00 SETAHUN
  • Ijazah Sarjana Muda (UniSHAMS) RM14,000 SETAHUN
    (Ijazah Sarjana Muda Pembedahan & Perubatan tidak layak memohon)

*Pinjaman disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sppnk.kedah.gov.my/ipinjam/

  1. Kerajaan Negeri Kedah
  2. Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Negeri Kedah
Keterangan
  1. Pembiayaan Pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah merupakan bantuan pembiayaan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.
  2. Kadar PEMBIAYAAN adalah sebanyak RM2,500.00 SETAHUN (SIJIL), RM4,500.00 SETAHUN (DIPLOMA), RM12,000.00 SETAHUN (DIPLOMA UniSHAMS), RM6,500.00 SETAHUN (SARJANA MUDA) (RM14,000.00 SETAHUN BAGI PENGAJIAN DI UNISHAMS) dan pembiayaan disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.
  3. Bayaran balik pembiayaan pendidikan bermula DUA BELAS (12) BULAN SELEPAS PELAJAR MENAMATKAN PENGAJIAN. (Seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Pembiayaan Pendidikan).
  4. Pelajar serta Penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pembiayaan pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pembiayaan yang telah diterima seperti di dalam dokumen pembiayaan.
Objektif

Bertujuan meringankan beban kewangan pelajar dengan menyediakan pembiayaan tanpa caj ujrah, sekali gus mengurangkan bayaran balik selepas tamat pengajian. Inisiatif ini memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih adil kepada anak Negeri Kedah melalui skim pembiayaan yang patuh Syariah dan bebas riba, selari dengan usaha melahirkan modal insan berkualiti untuk pembangunan negeri.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://sppnk.kedah.gov.my/ipinjam

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem iPINJAM SPPNK:

  1. Log masuk Sistem iPINJAM
  2. Klik Permohonan Pembiayaan
Kembali