Skip to main content
Kedah: Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM)

Para pelajar tingkatan satu hingga lima dan daripada golongan yang kurang berkemampuan.

  1. Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah;
  2. Pelajar tiada penaja lain;
  3. Pelajar bersih dari tindakan disiplin;
  4. Pelajar aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  5. Pencalonan pelajar melalui Guru Biasiswa Sekolah yang dilantik oleh Pengetua;
  6. Pelajar mendapat sekurang - kurangnya 4A dalam peperiksaan Akhir Tahun (pihak sekolah boleh mencalonkan pelajar yang berpotensi untuk berjaya).

Bayaran akan dibuat terus kepada akaun bank pelajar yang terpilih seperti berikut:

  1. Pelajar Tingkatan 1-3: RM600.00 setahun;
  2. Pelajar Tingkatan 4-5: RM715.00 setahun.
  1. Kerajaan Negeri Kedah
  2. Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Negeri Kedah
Keterangan
  1. SPPNK menawarkan pinjaman pendidikan pelajaran yang ditadbir urus berdasarkan Surat ikatan Amanah Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah yang diluluskan oleh Pejabat Kewangan Negeri & Perbendaharaan Negeri Kedah.
  2. Telah diluluskan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada Ogos 2020.
  3. Ditawarkan kepada para pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima yang berkelayakan.
Objektif

Memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak negeri Kedah dalam bentuk pembiayaan kepada penuntut institut pendidikan tinggi serta biasiswa kepada pelajar sekolah menengah dengan cekap dan berkesan.

Tatacara Permohonan

Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Guru Biasiswa di sekolah masing-masing.Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar di Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh Negeri Kedah ATAU sekolah-sekolah yang terpilih sahaja tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pendapatan isi rumah maksimum RM3,000.00 dan ke bawah;
  2. Mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan Akhir Tahun;
  3. Pelajar tiada penaja lain;
  4. Pelajar bersih daripada tindakan disiplin;
  5. Pelajar aktif dalam kegiatan ko-kurikulum;
  6. Pelajar dicalonkan melalui Guru Biasiswa Sekolah;
  7. Pelajar melepasi saringan oleh pihak SPPNK.
Kembali