Kerajaan Negeri Kedah menyediakan bantuan kewangan berjumlah RM500.00 sekaligus kepada setiap pesakit kronik, penjaga kepada pesakit kronik, pesakit kronik terlantar atau pesakit kronik OKU terlantar.
Pesakit kronik, penjaga kepada pesakit kronik, pesakit kronik terlantar atau pesakit kronik OKU terlantar.
- Waraganegara malaysia dan bermastautin di negeri kedah;
- Pesakit kronik atau pesakit terlantar iaitu sakit yang berkekalan, tidak boleh diubati atau dipulihkan sehingga hilang mata pencarian;
- Terlantar iaitu boleh diubati atau dipulihkan dan memerlukan rawatan susulan namun menjejaskan mata pencarian; atau
- Menghidap penyakit kronik memerlukan penjagaan atau pengawasan yang berterusan.
Bantuan kewangan berjumlah RM500.00 secara one-off.
Kerajaan Negeri Kedah di bawah Portfolio Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan Negeri Kedah.
Jawanatankuasa BSPT (agensi-agensi):-
- Lembaga Zakat Negeri Kedah
- Baitulmal Negeri Kedah
- PERKESO
- Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah
Penyaluran BSPT adalah berteraskan beberapa faktor seperti menggalakkan keluarga atau penjaga untuk terus menjaga ahli keluarga yang menghidapi penyakit kronik mahu pun terlantar selain bagi memastikan golongan tersebut dapat terus tinggal bersama keluarga, penjaga dan komuniti. Melalui inisiatif dan insentif ini secara langsung dapat membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga.
Borang permohonan boleh didapati di semua pejabat kebajikan masyarakat daerah, semua pejabat penghulu mukim atau semua Pusat Khidmat Wakil Rakyat / Penyelaras DUN.