Skim bantuan kesihatan yang menyediakan pembiayaan kos rawatan hemodialisis kepada rakyat Negeri Sabah yang menjalani rawatan penyakit buah pinggang, bagi membantu meringankan beban kewangan pesakit dan keluarga.
Kesihatan
Sabah: Skim Bantuan Kesihatan SMJ 'Sabah Sejahtera'
- Rakyat Negeri Sabah
- Pesakit yang menerima rawatan hemodialisis
Terbuka kepada rakyat Negeri Sabah yang menerima rawatan harian hemodialisis.
Kos rawatan hemodialisis ditanggung sepenuhnya di hospital dan klinik kerajaan, manakala kos rawatan CAPD turut ditanggung sepenuhnya bagi pesakit yang menjalani rawatan di rumah.
Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) Sabah
Keterangan
Objektif
Membantu golongan sasar mengurangkan beban kewangan yang ditanggung bagi mendapatkan rawatan hemodialisis.
Tatacara Permohonan
Tidak perlu memohon. Bantuan diberikan secara automatik kepada pesakit yang menerima rawatan hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan serta rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di rumah.
Kembali