Skip to main content
BUDI MADANI: MySubsidi Petrol

i. Kenderaan Pengangkutan Darat Awam
ii. kenderaan Pengangkutan Darat Barangan

i. Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN.
ii. Kenderaan yang layak memohon petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
iii. 'Runner' tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN
iv. Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
    - Jumlah petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
    - Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
    - Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
    - Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
    - Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
    - KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.
v. Permohonan Baru/Pertukaran Syarikat Minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web:-
https://mysubsidi.kpdn.gov.my/

21 jenis kenderaan pengangkutan darat awam dan kenderaan pengangkutan darat barangan yang layak pada harga RM1.99 seliter di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mysubsidi.kpdn.gov.my/

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Keterangan

MySubsidi Petrol ialah sebuah platform untuk memusatkan permohonan subsidi di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

SKPS ialah sistem kawalan dan penyaluran subsidi petrol RON95 yang disasarkan kepada kenderaan pengangkutan darat awam serta kenderaan pengangkutan darat barangan sahaja. SKPS menggabungkan penggunaan fleet card untuk kenderaan yang layak sebagai cara membeli petrol bersubsidi melalui sistem kendalian yang dikawal.

Objektif

SKPS bertujuan memastikan subsidi petrol RON95 disalurkan secara lebih telus, sistematik, dan terkawal kepada syarikat dan badan yang memiliki kenderaan pengangkutan darat awam serta kenderaan pengangkutan darat barangan yang layak, menjamin bekalan mencukupi dan harga stabil untuk pengguna, serta menguatkuasakan pematuhan perundangan dalam penjualan petrol bersubsidi. 

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal https://mysubsidi.kpdn.gov.my/

Kembali