Skim Bantuan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) dibiayai sepenuhnya dari peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak. Bantuan ini diberi kepada mangsa kebakaran, banjir, ribut, tanah runtuh, kemarau dan bencana lain yang boleh menjejaskan aktiviti dan kehidupan harian mangsa.
Mangsa Bencana banjir, kebakaran, ribut, tanah runtuh dan bencana lain kecuali kemarau
i. Makanan Harian bermasak/bungkus- Disediakan kepada mangsa yang berpindah di Pusat Pemindahan Sementara
ii. Makanan Kering untuk mangsa bencana banjir, kebakaran, ribut, tanah runtuh dan bencana lain kecuali kemarau dan pelaksanaan bantuan adalah mengikut keperluan dan situasi kes
iii. Makanan kering untuk terputus hubungan layak diberikan selepas 48 jam mangsa terputus hubungan.
i. Makanan Harian Bermasak/ Bungkus di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)- RM50.00/seorang/sehari
ii. Makanan kering- RM100.00/seorang secara one off bagi mangsa bencana banjir, kebakaran, ribut, tanah runtuh dan bencana lain kecuali kemarau
iii. Makanan kering untuk terputus hubungan- RM100.00/seorang/seminggu
Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS)
Bantuan ini bertujuan meringankan beban serta memulih secara sementara dan bukannya sebagai pampasan ke atas kerugian yang dialami oleh mangsa bencana.
Rujukan Kes/Aduan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah/ Bahagian/ KMKK/ Individu. JKM akan menjalankan siasatan bagi menentukan jenis bantuan yang layak diberikan kepada mangsa bencana.